Pulau Redang adalah salah satu pulau yang tercantik permandangan dasar lautnya.. Kaya dengan khazanah alam semulajadinya dengan terumbu karangnya yang sangat cantik... aku berpeluang kesana pada 8 tahun yang lalu...hehehe dah lama sungguhkan... tetiba teringat kenangan disana.. nasib baik jumpa lagi album gambar semasa disana... Masa tue bujang lagi... baru awal 20'an...... time slim giler....hahaha.... aku kesana ikut trip tn.zainal lahkan... kami dapat berkhemah di Marinepark Redang..
Bukan senang nak menginap di Marine park. Berkhemah pulak tue... biasanya penginapan disediakan di resort2 pesisir pantai dan perlu menaiki bot ke Marine Park untuk melihat khazanah alam seperti coral dan ikan2 pelbagai warna..... Tapi kami terus berada di Marine park jer...hehehe. Makan kami masak sendiri best... mcm berkhemah di hutan... bilik air ada disediakan... memang seronok sesangat... apa lagi dari pagi ke petang berendam ajelah dlm air, leka tengok keindahan coral.. cantik sungguh permandangan dalam laut....
Aktiviti petang kami main bola tampar dan jalan2 pesisir pantai... rupanya awal pagi pantai nie penuh dengan ikan pari besar2.. kene hati2 takut tak perasan ikan pari nanti kene sengat pulak lagi susah...hehehe. dua hari kami bermalam disitu... tibalah masa untuk pulang... Naik bot laju and pulang ke rumah masing2....
Kenangan Beramai2 Hari Terakhir perkhemahan
No comments:
Post a Comment